salam perkenalan...ukhwah fillah...

Sunday 18 September 2011

..Bertudung Tidak Perlu Kata Apa-apa...

Kita sebagai seorang muslimah diwajibkan bertudung apabila sudah capai tahap akil baligh, kalau tidak silap saya star bertudung pada usia 12 tahun sehingga sekarang umur 20 tahun saya masih bertudung dan insyaAllah sampai bila-bila saya akan bertudung. Namun saya bukanlah insan yg sempurna, saya ada juga melakukan kesalahan dan saya adalah hamba yg paling hina dihadapan Allah... Saya sering melihat apabila seseorang wanita itu tidak pakai tudung mereka syok ka rambut mereka ditonton oleh orang ramai? Ada sesetengah mereka yg pakai tudung tapi nampak rambut, ada juga pakai tudung tapi pakai baju ketat, ada yg xpakai tudung tapi pakai pakaian tutup aurat yg mana satu dianjurkan oleh Islam? org tanya kenapa xpakai tudung cakap belum sampai seru, adakah sampai seru baru blh pakai? bkn tutup aurat itu WAJIB? setiap org mempunyai pendapat masing2..Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].
Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya





Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)



..Saya cakap dari hati ke hati, saya juga insan biasa yg banyak dosa dengan maha pencipta...


..


No comments:

Post a Comment