salam perkenalan...ukhwah fillah...

Sunday 16 October 2011

~ Siapa Aku?

AKU???

Siapa aku sebenarnya? kadang2 aku bermonolog seorang diri tanpa pengetahuan orang lain. Siapa aku? aku tertanya2 tanpa jawapan. Aku bukan artis mahupun budayawan tidak juga seorang penyair atau pemenang hadiah Nobel Dunia tapi aku hanya insan biasa yg tidak terlepas dari membuat kesalahan. Aku datang dari keluarga yg sederhana aku dibesarkan oleh seorang mak, tok, dan tok wan. Aku hanya melihat mereka dari kecil sehingga aku berumur 20 tahun sekarang. Namun tok telah pergi menyahut panggilan Ilahi pada tanggal 13/3/2006 akibat sakit tua. Sekarang aku menumpang kasih syg seorang ibu dan seorang tok wan.. Tok Wan aku berusia 98 tahun, dulu ia menjaga aku penuh dengan kasih sayang tiada beza antara cucu2 nya yg lain namun kini tok wan uzur tidak macam dulu lagi kini aku mengambil alih menjaganya dari memandikan dan memberinya makanan, aku sayang padanya...

MAK? insan yg paling aku hormat, berusia 53 tahun mak menjaga aku dengan penuh kasih sayang walaupun hati mak pernah terluka akibat perbuatan seorang lelaki namun mak tidak menunjukkan kesedihannya kepada aku. Jarang sekali aku melihat mak menangis. Mak aku sayang padamu, aku berjanji akan menjaga mu sampai akhir hayat aku. Mak insan yg tabah, walaupun dia marah aku namun hatinya cepat sejuk. Mak aku ni pandai masak dan aku anggap apa yg mak aku masak ni adalah terbaik di dunia.. Ya Allah aku bersyukur kerana mempunyai seorang mak yg baik diantara yg terbaik.

AYAH? aku tidak tahu banyak pasal ayah aku, kerana ayah aku telah pergi menyahut panggilan Illahi pada 28/08/2008 akibat lumpuh. Ketika itu aku diambang peperiksaan SPM, dengan kejadian ini mematahkan sedikit tumpuan aku pada peperiksaan. Aku sebenarnya tidak pernah mendapat kasih sayang seorang ayah dan aku tidak tahu best atau tidak ada ayah? sebab aku tidak pernah merasa semua ini. Ayah walaupun dirimu disana aku tetap berdoa agar Allah mengampun dosa dan kesalahan mu.

BAPA SAUDARA? masa aku masuk tadika bapa saudara aku yg tolong antar dan ambil aku setiap bulan mak aku akan bagi upah RM 20. Walaupun hanya bapa saudara tapi setiap hari dia akan mengambil aku sebelum dia pergi kerja. Masa aku darjah 3 sekolah rendah mak aku belikan basikal untuk aku pergi sekolah sehingga aku darjah 6. Aku tanya mak  'Kenapa kawan2 saya p sekolah semua ayah mereka hantar naik motor atau kereta? mak saya jawab 'Mereka ada ayah saya tak ada ayah'.


Masa sekolah menengah saya naik bas star dari ting 1 hingga 4. Pas 2 mak saya belikan motor kriss sampai sekarang saya naik motor.

Kadang2 aku tertanya siapa aku? hidup aku tidak sama dengan orang kn? hidup aku jauh beza dari orang lain tapi aku hanya ada hati yg dapat berbicara, ada mata yg dapat melihat gambar, ada tangan untuk aku menulis pasal kisah hati ini, ada telinga untuk medengar nasihat.

Aku ingin menumpang kasih semantara dari kawan2 ku di facebook, izinkan diri ini berada didalam hati mereka walaupun sekejap, aku tidak tahu apa yg akan terjadi selepas ini aku hanya mampu berdoa pada ya Allah.

Allah ampunkan dosa hambamu ini, hambamu pasrah andai takdir menetapkan hambamu tidak mendapat apa yg diinginkan, hambamu bersyukur kerana Allah terlalu sayangkan hamban ini.. berilah kebahagian yg ingin hambamu merasa walaupun sekejap sahaja.. Allah maha Besar.

Dikala saat ini aku menitiskan air mata, kawan2 ku aku ingin minta maaf andai pernah menghancur hati kalian, aku hanya insan biasa yg banyak dosa dengan Penciptanya. Sayangi kedua ibu bapa dengan penuh rasa sayang dan telah tiada berdoa padaNya agar diri mereka ditempatkan di syurga. Aku hanya insan biasa.

Darinya aku datang kepada Dia jua aku kembali
Wasalam.
16/10/2011 8.30 p.m