salam perkenalan...ukhwah fillah...

Sunday 16 October 2011

~ Siapa Aku?

AKU???

Siapa aku sebenarnya? kadang2 aku bermonolog seorang diri tanpa pengetahuan orang lain. Siapa aku? aku tertanya2 tanpa jawapan. Aku bukan artis mahupun budayawan tidak juga seorang penyair atau pemenang hadiah Nobel Dunia tapi aku hanya insan biasa yg tidak terlepas dari membuat kesalahan. Aku datang dari keluarga yg sederhana aku dibesarkan oleh seorang mak, tok, dan tok wan. Aku hanya melihat mereka dari kecil sehingga aku berumur 20 tahun sekarang. Namun tok telah pergi menyahut panggilan Ilahi pada tanggal 13/3/2006 akibat sakit tua. Sekarang aku menumpang kasih syg seorang ibu dan seorang tok wan.. Tok Wan aku berusia 98 tahun, dulu ia menjaga aku penuh dengan kasih sayang tiada beza antara cucu2 nya yg lain namun kini tok wan uzur tidak macam dulu lagi kini aku mengambil alih menjaganya dari memandikan dan memberinya makanan, aku sayang padanya...

MAK? insan yg paling aku hormat, berusia 53 tahun mak menjaga aku dengan penuh kasih sayang walaupun hati mak pernah terluka akibat perbuatan seorang lelaki namun mak tidak menunjukkan kesedihannya kepada aku. Jarang sekali aku melihat mak menangis. Mak aku sayang padamu, aku berjanji akan menjaga mu sampai akhir hayat aku. Mak insan yg tabah, walaupun dia marah aku namun hatinya cepat sejuk. Mak aku ni pandai masak dan aku anggap apa yg mak aku masak ni adalah terbaik di dunia.. Ya Allah aku bersyukur kerana mempunyai seorang mak yg baik diantara yg terbaik.

AYAH? aku tidak tahu banyak pasal ayah aku, kerana ayah aku telah pergi menyahut panggilan Illahi pada 28/08/2008 akibat lumpuh. Ketika itu aku diambang peperiksaan SPM, dengan kejadian ini mematahkan sedikit tumpuan aku pada peperiksaan. Aku sebenarnya tidak pernah mendapat kasih sayang seorang ayah dan aku tidak tahu best atau tidak ada ayah? sebab aku tidak pernah merasa semua ini. Ayah walaupun dirimu disana aku tetap berdoa agar Allah mengampun dosa dan kesalahan mu.

BAPA SAUDARA? masa aku masuk tadika bapa saudara aku yg tolong antar dan ambil aku setiap bulan mak aku akan bagi upah RM 20. Walaupun hanya bapa saudara tapi setiap hari dia akan mengambil aku sebelum dia pergi kerja. Masa aku darjah 3 sekolah rendah mak aku belikan basikal untuk aku pergi sekolah sehingga aku darjah 6. Aku tanya mak  'Kenapa kawan2 saya p sekolah semua ayah mereka hantar naik motor atau kereta? mak saya jawab 'Mereka ada ayah saya tak ada ayah'.


Masa sekolah menengah saya naik bas star dari ting 1 hingga 4. Pas 2 mak saya belikan motor kriss sampai sekarang saya naik motor.

Kadang2 aku tertanya siapa aku? hidup aku tidak sama dengan orang kn? hidup aku jauh beza dari orang lain tapi aku hanya ada hati yg dapat berbicara, ada mata yg dapat melihat gambar, ada tangan untuk aku menulis pasal kisah hati ini, ada telinga untuk medengar nasihat.

Aku ingin menumpang kasih semantara dari kawan2 ku di facebook, izinkan diri ini berada didalam hati mereka walaupun sekejap, aku tidak tahu apa yg akan terjadi selepas ini aku hanya mampu berdoa pada ya Allah.

Allah ampunkan dosa hambamu ini, hambamu pasrah andai takdir menetapkan hambamu tidak mendapat apa yg diinginkan, hambamu bersyukur kerana Allah terlalu sayangkan hamban ini.. berilah kebahagian yg ingin hambamu merasa walaupun sekejap sahaja.. Allah maha Besar.

Dikala saat ini aku menitiskan air mata, kawan2 ku aku ingin minta maaf andai pernah menghancur hati kalian, aku hanya insan biasa yg banyak dosa dengan Penciptanya. Sayangi kedua ibu bapa dengan penuh rasa sayang dan telah tiada berdoa padaNya agar diri mereka ditempatkan di syurga. Aku hanya insan biasa.

Darinya aku datang kepada Dia jua aku kembali
Wasalam.
16/10/2011 8.30 p.m

Wednesday 21 September 2011

Zaman Sekarang Punya Cerita....

Ini Zaman Moden,
Terasa Nak Open,
Open Sana Open Sini,
Kalau Tak De Batasan,
Semuanya Nak Open,
Nak Tunjuk Tang Situ,
Nak Tunjuk Tang Sini,
Semua Boleh Jadi,
Inilah Zaman Open Mind Katakan...
Pantang Ditegur Terus Melatah,
Selalu Kedengaran
Kata-Kata Yang Bongkak
Lagi  Terserlah Kejahilan
Aku,Aku Dan Kau, Kau
Aku Punya Sukalah
Kubur Lain-Lain,
 Dosa Masing-Masing,
Tanggungjawab Masing-Masing,
Siksa Neraka Aku Yang Rasa,
Tiada Kaitan Dengan Orang Lain,
Apa Yang Engkau Susahkan,
Apa Kau Peduli".



Tapi Di Sini Punya Jawapan
Untuk Persoalan itu

Ingatlah!...
Yang Mandikan Jenazahmu "Orang Lain"
Yg Solatkan Jenazahmu "Orang Lain",
Yang Mengkafankan Jenazahmu "Orang Lain",
Yang Memikul Jenazahmu Órang Lain"
Yang Gali Kubur Mu Orang Lain"
 Kebumikan Jenazahmu "Orang Lain",
Yang Bersedih Kematianmu "Orang Lain".
Jangan Menyusahkan "Orang Lain"
"Orang Lain" Sebelah Kubur Mu Turut Terasa
Bahan Panas Dr Dosamu
Perangai Lain Drpd Yg Lain Yg Tidak Disenangi Agama & Orang Lain".

Ha…Apa Macam Ade Lagi Persoalan?

Bertaubatlah sekarang...
Di sana kau tak boleh menjawab langsung,
Tak ade peluang untuk menjawab macam tu,
Rasailah...

Moga aku, kalian dalam redhaNya...



Wasalam...

Sunday 18 September 2011

..Bertudung Tidak Perlu Kata Apa-apa...

Kita sebagai seorang muslimah diwajibkan bertudung apabila sudah capai tahap akil baligh, kalau tidak silap saya star bertudung pada usia 12 tahun sehingga sekarang umur 20 tahun saya masih bertudung dan insyaAllah sampai bila-bila saya akan bertudung. Namun saya bukanlah insan yg sempurna, saya ada juga melakukan kesalahan dan saya adalah hamba yg paling hina dihadapan Allah... Saya sering melihat apabila seseorang wanita itu tidak pakai tudung mereka syok ka rambut mereka ditonton oleh orang ramai? Ada sesetengah mereka yg pakai tudung tapi nampak rambut, ada juga pakai tudung tapi pakai baju ketat, ada yg xpakai tudung tapi pakai pakaian tutup aurat yg mana satu dianjurkan oleh Islam? org tanya kenapa xpakai tudung cakap belum sampai seru, adakah sampai seru baru blh pakai? bkn tutup aurat itu WAJIB? setiap org mempunyai pendapat masing2..Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].
Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya





Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)



..Saya cakap dari hati ke hati, saya juga insan biasa yg banyak dosa dengan maha pencipta...


..


Ujian Allah...

"...dan tidaklah diuji seseorang itu melainkan dengan kesanggupan..."
Satu ungkapan yang perlu sentiasa kita ingat bila diuji adalah kita bukan tuan dan kita juga bukan Tuhan.
Setiap kali diuji kita tidak berhak bertanya pada diri mahupun pada siapa sahaja kenapa kita dipilih untuk diuji. Hakikatnya itulah kehidupan. Tidak indah tanpa ujian. Sebagai contoh, bila tiba hari raya 3 ekor ayam daripada 10 ekor ayam dalam reban telah dipilih untuk disembelih. Ayam yang dipilih itu tidak berhak bertanya kenapa dia yang dipilih untuk disembelih, kenapa bukan ayam yang lain. Sebab dia bukan tuan. Hanya tuannya yang berhak membuat apa sahaja yang dikehendaki.
Sudah menjadi lumrah alam bila diuji kita akan mencari Tuhan. Sedangkan yang bukan islam pun akan sebut "Oh my God" dan perkataan-perkataan lain yang merujuk kepada "Oh Tuhan". Sebagai umat Islam kita akan memohon petunjuk daripada Allah S.W.T setiap kali kita ditimpa musibah dan kesakitan kerana hanya Dia yang memahami hati kita, hanya Dia yang sentiasa ada tidak kira siapapun kita, dimana kita berada.
Ingatlah, kita bukan pemilik. Sampai waktu dan ketika kita mesti memulangkan kembali apa yang dipinjamkan sementara untuk kita. Allah jualah pemilik segala yang diciptakanNya. Terkadang kita merasa kitalah yang paling hebat diuji. Selepas satu ujian, menyusul pula ujian lain yang lebih berat. Sedangkan orang lain lagi berat diuji, bertimpa-timpa. Kenapa kita memikirkan kaki kita yang tidak berkasut sedangkan ramai lagi yang tidak berkaki? Fikirkan kembali dosa dan kesalahan yang pernah kita buat disebalik ujian yang ditimpakan untuk kita.




Sentiasalah bersyukur atas rahmat dan ujian yang diberikan Allah. Fikirkan hikmah yang diaturkan Allah disebalik ujian yang ditimpakan buat kita. Sentiasa memohon diberikan hati yang kuat untuk menghadapi ujian tersebut sbb kita bukan manusia yang sempurna yang dapat menempuhi ujian itu dengan cara yang paling tenang.
"Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang harus untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah"
Buat insan yang sedang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Bersyukurlah kerana diantara yang lain kita insan terpilih untuk diuji sedangkan orang lain langsung tidak tersenarai. Besarnya kasih sayang Allah pada kita. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha


Sahabat...

Aku rindu pada sahabat2 aku dahulu, kenapa mereka meninggalkn aku? aku rindu pada mereka.. Sekarang hidup ku keseorangan sambil di temani memori silam yg sedikit sebanyak mengembirakan hatiku. Kawan2 andai kamu tahu diriku sanggup berkoban apa saja demi kasih aku pada kalian tapi aku yg dikecewakan, namun aku pasrah dan ku xpernah lupa untuk mendoakan kalian agar diampunkan Allah.. satu pinta ingin aku katakan aku rela diriku kecewa asalkan kalian gembira di sana...


Oleh itu ketahuila ku sangat sayang pada kalian dan diriku sanggup berkorban apa sahaja demi kalian, sejak usia kita meningkat makin hubungan kita menjadi semakin jauh namun ingat aku sayang kamu semua...


Saturday 17 September 2011

hati yang sejahtera itu...adaalah hati yang....

 ....kenal dan menyintai ALLAH SWT da takot kepadaNYA....

...meletakkan ALLAH dan RASULUNYA  di tempat yang tinggi dalam kehidupan hariannya,secara konsisten..

...dekat dengan ALLAH dan menjadikan kehidupannya berpaksikan mencari KEREDHAAN ALLAH..

...bebas daripada pengaruh amarah,syahwat dan syaitan...

..dipandu dengan nilai2 murni,dan dapat memandu kepada kebaikkan orang lain..

..sentiasa tawadduk dan merendah diri...

...ghairah dengan perkara2 kebaikkan dn sangat benci segala bentuk kejahatan..
walau sekecil mana sekalipon..